Sekolah Vokasional Datuk Seri Mohd zin
Sejarah
Sekolah Menengah Vokasional Datuk Seri Mohd Zin mempunyai sejarahnya yang agak berbeza dibandingkan dengan sekolah-sekolah vokasional yang lain di negera kita ini. Sekolah ini adalah lanjutan daripada sekolah yang telah sedia didirikan dalam tahun 1958. Sebahagian besar daripada bangunan yang ada sekarang pada mulanya adalah Sekolah Pertukangan Luar Bandar. Sekolah tersebut berjalan selama lima tahun iaitu tahun 1958 hingga 1962. Pada tahun 1962 Sekolah Pertukangan Luar Bandar ini dijadikan Sekolah Lanjutan Kampung. Apabila sekolah ini berpindah Ke Sekolah Menengah Rendah (sekarang Sekolah Menengah Dato’ Dol Said), sebahagian besar bangunannya tidak digunakan sehingga akhir tahun 1967. Pada tahun 1997 SMV telah dinaik taraf ke SMT dan di beri nama Sek. Men. Teknik Datuk Seri Mohd Zin sempena memperingati jasa bekas ketua menteri Melaka. Pada tahun 2011, sekolah ini ditukar semula kepada sekolah vokasional dengan nama Sekolah Vokasional datuk Seri Mohd Zin
Bidang Kursus
Sekolah ini mula diwujudkan pada tahun 1968. Ia telah menawarkan tiga kursus dengan pelajar seramai 77 orang. Kursus-kursus tersebut ialah Kursus Kajisawat Motor, Kursus Binaan Bangunan dan Kursus Kimpalan. Sejajar dengan perkembangan teknologi negara dua lagi kursus telah ditawarkan iaitu Kursus Mesinsyop dan Kursus Pemasangan elektrik dan pada tahun 1971 Kursus Perdagangan ditambah dalam senarai kursus yang ditawarkan. Pada tahun 1973 Kursus Rawatan Radio dan TV diwujudkan. Sekolah Menengah Vokasional Datuk Seri Mohd Zin kini menawarkan 7 kursus aliran vokasional kepada pelajar-pelajar lulusan Penilaian Menengah Rendah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Kursus-kursus tersebut ialah Automotif, Binaan Bangunan, Elektronik, Elektrik, Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan dan Fabrikasi Logam, Pengurusan Perniagaan dan Pengaturcaraan Komputer. Pelajar-pelajar aliran Vokasional ini akan mengambil dua modul teras Vokasional dan enam mata pelajaran akademik. Mulai tahun 1996 dua mata pelajaran option iaitu mata pelajaran Pendidikan Seni (untuk Kursus tingkatan 5 Binaan Bangunan sahaja) dan mata pelajaran Perdagangan Am akan juga ditawarkan. Selaian kursus di atas, Sekolah Menengah Vokasional Datuk Seri Mohd Zin juga menawarkan kursus-kursus kemahiran untuk pelajar-pelajar yang ingin mengambil peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Pemesin Am, Jurukimpal Arka Logam Berperisai, Mekanik Kenderaan Motor, Pembuat Perabot, Juruteknik Elektrik Rendah, Juruteknik Rendah Elektronik Industri - Peralatan
VISI & MISI
Visi
"Menjadi institusi pendidikan vokasional dan kemahiran yang unggul serta berdaya saing"
Misi
1. Menyediakan sumber manusia yang berilmu, nerkemahiran dan berketerampilan bagi memenuhi pasaran terbuka.
2. Membina kemahiran insaniah (soft skill) yang seimbang merentas kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.
3. Melahirkan pelajar yang memiliki keyakinan diri (high self esteem) dan semangat juang yang tinggi.
4. Menyediakan pelajar mahir dalam bidang keusahawanan supaya mampu berdikari.
5. Melaksanakan kualiti pengurusan dan pentadbiran yang efisien.